Sunday, August 21, 2011

Poms-poms

Poms-poms yg diperbuat dari kertas tissue nie sgt impresive....cantek kalau di buat deko untuk majlis atau event tertentu....cara nya...ambik 8 helai kertas tissue ikut kesesuaian warna pilihan anda 2.Buat bentuk kipas seperti






di gambar 3.Ikat ngan wayer hijau ditengah.4.Trim Hujung Tissue spt digambar.akhir skali carik atau kembang kan satu persatu .....Selamat Mencuba...

Monday, April 25, 2011

Lampu Buluh Rotan lagi

Paten begini .....senang dibuat ....step pertama cari buluh rotan panjang...yg terdapat dikedai tepi jalan sebelah MRR2 menghala ke wangsa maju dari ampang.....try buat stand 3,pasang kan ke kepala bulb.....base bole dibuat dari papan....buat mcm kotak empat segi ,,,material kertas mahjong pun bole...masuk kan wire n bulb...nah bamboo stand lamp sudah sedia utk didisplay kan diruang tamu anda...

cubala...

Tuesday, March 1, 2011

Cara Buat Lampu Bulat guna Cup pakai buang - han lutfi ade caranya...

Barang2 & Materialnye-

-cawan (lbeh kureng 30-40 bjik gitu)..ikut korang, nak putih ke..kaler2 ke..ikut kreativiti korang lak..
-stapler/gam gajah
-brg utk lampu (soket/bulb/wayar)..bulb pilih yang WATT dia rendah (energy saver), kang terbako kang nyayo plak...kalo panas2.
-rantai/wayar utk gantung
-tenaga & kerajinan


nak bersihkan senang...lap ngan kain lembap (kalo rajin) atau vakum aje....

so..kasi try lah..tgk camne

                                                        1.Cawan Plastik/plastic cup

                                                             2.Stepler atau Gam
                                            
                                                    3.Kasi Stepler atas Dan Bawah
                                                              4.Buat Macam nie                                                                   
                                                                  5.Pastu Macam Nie

                                                                  6.Macam Nie Plak
                                                                     7.Separuh Jalan
                                                         8.Sudah 3 suku...hampir siap


                                                               9.Sikit lagi nak siap

                                                                     10.Siap Dahhh..................

11.Camni La Hasilnya...terbaik..pastu gantung kat living hall ke...kitchen area ke...tak payah susah2 beli kat IKEA tu......buat sendiri lagi cun....idea terbaik abad ini.....Creativeeee....


source/idea by han lutfi kota bahru.

Sunday, February 6, 2011

Pokok Krismas Di Ruang Tamu Joe Di Cheras


Bayangkan, sy xpernah terfikir untuk menrecycle semula pokok krismas untuk dijadikan pokok hiasan di ruang tamu, tapi seorang kawan saya nie designer Joe, dari Verstileinterior telah menrecycle semula pokok hiasan krismas yg dijadikan props semasa musim krismas...dijadikan hiasan. big display point diruang tamu rumah beliau....Cara la joe lu mmg creative,....wa ingat nak tiru idea lu nie ..nak hias kat teratak wa di Ukay Hills.Terbaik Terbaik....sekali lagi lu mmg creative....kepada sesiapa yg berminat nak cuba ...try la..mmg menarik...Tapi biasanya yg ade stok simpanan pokok krismas terpakai nie hanyalah golongan mcm kami je..
Artist,visual merchandiser,grafik designer, & ID people...tapi kalau nak beli bole order kat Chung cung cungkai kat petaling street kat Nang Thong,,,jumpa la brother Chai. Sekian.

DJmadey.

Saturday, February 5, 2011

Retro style

Lebih menambat hati apabila ia menepati imej dan persekitaran, sekali gus menyerlahkan keharmonian serta keselesaan berpanjangan.

Pilihan konsep retro tidak kurang hebatnya berbanding konsep lain kerana ia mudah disesuaikan dengan sentuhan moden.

Era 50-an hingga awal 60-an menyaksikan konsep berkenaan menjadi perhatian dengan perubahan tertentu dari segi penggunaan material baru.

Memilih konsep retro juga memberi peluang anda mengubah suai penataan ruang melalui sentuhan konsep semasa, ringkas, tidak sarat dan sedap mata memandang.

Pilihan perabot dan aksesori hiasan rona terang, unik dan bersifat abstrak diberi tumpuan utama dari aspek reka bentuknya.

Biru firus, hijau jed, hijau pudina, merah jambu, kuning matahari, merah ceri, biru, hitam dan putih menjadi warna pengenalan tema hiasan dalaman retro.

Sementara itu, krom bergilap amat popular untuk perabot dan perhiasan kerana ia menyerlahkan nilai estetika tersendiri.

Gaya dan rekaan perabot retro yang berciri abstrak dan pelik diterapkan pada meja kopi bentuk ginjal dan perabot melengkung.

Perabot dan aksesori berasaskan kayu jati dan pain turut menjadi pilihan sebagai pelengkap konsep berkenaan.

Anda juga boleh menerapkan kreativiti suai padan dengan penampilan gaya perabot dan perhiasan melangkau masa.

Seterusnya penataan retro turut diwakili lantai linoleum corak petak hitam putih yang dipilih mengimbangi kemasan vinil hitam serta perabot krom.

Skima warna berani merah diselangi hitam dan kertas dinding motif bunga juga mampu menyerlahkan imej retro.

Konsep retro boleh diwujudkan menerusi motif dinding tumpu, kelengkapan katil, perhiasan, pelbagai reka bentuk lampu, hamparan permaidani, corak langsir dan sarung kusyen.

Bentuk dan corak geometri menghiasi kebanyakan perhiasan dinding, gambar dan lampu selain motif roket, planet, satelit dan kapal angkasa dianggap bergaya futuristik.

Antara aksesori hiasan yang wajib ada untuk penataan retro adalah jam dinding atomik diperbuat daripada logam yang menarik dan tahan lasak.

Bagi mengelak tumpuan anda menikmati ketenangan dan merehatkan minda, jadikan katil dan kelengkapannya dalam warna terang sebagai titik tumpu supaya suasana tidak bercelaru.

Sistem pencahayaan pada segenap ruang juga perlu diberi perhatian supaya konsep retro yang ingin ditampilkan tidak bercampur aduk gayanya.

Pencahayaan yang terlalu terang, panas atau suram boleh menyebabkan keselesaan penghuni terganggu dan kurang ceria.

Justeru, tahap minimum pencahayaan harus dikenal pasti terlebih dulu supaya kreativiti anda menyuai padan dengan konsep retro lebih berseni.

Segalanya lebih bermakna jika aspek bajet, keselesaan dan kebersihan diutamakan kerana rumah adalah milik peribadi anda.
source:: harianmetro/harum.com
djmadeylock

Wednesday, January 26, 2011

Pantai,Beach,beitchyyy...

Tema Dekorasi Pantai
Pasti tidak sedikit dari Anda yang menyukai suasana pantai. Nah, suasana ini boleh dijadikan pilihan tema untuk warna ruangan. Cuba bayangkan, warna apa saja yang ada di pantai? Misalnya warna cokelat pasir pantai (sand ), biru laut, biru langit, awan putih, hijau daun kelapa, dan sebagainya. Terjemahkan warna-warna tadi, dan aplikasikan di ruangan favorite anda. 

Tidak hanya untuk pantai. Anda bole juga menentukan tema dari mana saja. Dari taman rumah pun okay, dengan "memindahkan" warna-warna bunga ke dalam ruangan. Atau boleh juga mendatangkan inspirasi dari tempat-tempat yang membangkitkan kenangan bahagia famili anda,contohnya bilik utama.

Pilih Tona/Warna
Di setiap ruangan pasti ada furniture yang jadi focal point . Dari furniture ini boleh timbul inspirasi juga. Misalnya, yang jadi focal point di ruang keluarga adalah sofa bermotif bunga/pokok kelapa. Caranya sama seperti pada karpet dan lukisan. Ambil warna-warna yang ada pada sofa untuk diaplikasikan pada ruangan atau boleh
juga tambah papan luncur/surfboard di feature wall anda,,,itu kalau saya la....ok.:)


.

Monday, January 24, 2011

Urbanmodern grey design Rumah Customer Di Ampang






urbanmodern design, berminat sila hubungi Environment Impression Interior Design
ID consultant Madey 0122445302 for appoinmnet
ID Joeversatile 0192190372

ruang renovasi & dekorasi pelbagai tema budget di bawah rm20.000 - 15.000 /9000
hubungi designer dan konsultan kami.

Sunday, January 23, 2011

Urbanmodern design KLsentral condo by Joe



urbanmodern design by designer joe call us at 0192190372 or Interior Consultant Madey 0122445302

Joe design ( ala kedesaan inggeris)





Berminat ?Ala kedesaan inggeris (joe design @ Environment expression Design ) Joe 0192190372

Country Design Rumah Joe Di Bdr Sri Permaisuri


home country design di apartmen (Joefri,,,visualmerchandiser polo raplhlauren),joe menggunakan props diy
utk teknik hiasan apartmennya...props kitar semula, lampu diy, berminat hubungi joe Environmnet expression design ( joe0192190372)

Monday, January 17, 2011

HIDANGAN PENTING-SARAPAN PAGI RINGKAS DAN BERKHASIAT


Hidangan sarapan pagi yang berkhasiat mengandungi karbohidrat, vitamin, zat gallian dan serat serta rendah lemak.

Bijiran sarapan pagi
▪ Dimakan bersama susu rendak clan potongan bush-buahan yor., membekalkan protin, kalsium, vitamii dan zat galian yang lain.
▪ Hidangan ini rendah lemak, -tip i serat dan karbohidrat,membuat anda merasa kenyang lebih lame.
▪ Mudah, ringkas dan cepat disedia. Paling sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

Emping
▪ Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun.
▪ Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat.
▪ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai pilihan sandwich
▪ Pilih roti paun mil penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi.
▪ Contoh inti berkhasiat: Tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, jem tanpa gula.
▪ Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya).
▪ Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Pelbagai hidangan Mi/Nasi/Bubur
▪ Hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat dari mi/nasi/bubur. Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Pelbagai hidangan ubi
▪ Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan.
▪ Contoh hidangan ubi: Ubi rebus ubi panggan, ubi kukus, ubi lecek.
▪ Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai hidangan telur
▪ Telur adalah sumber protin dan zat besi.
▪ Contoh hidangan telur: Telur rebus telur dada, telur 'scrambled', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/dagin/bawang dan sayur-sayuran).

Tambahan untuk buahan..
▪ Pisang, Buah Lai, Limau, Epal
▪ Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt
▪ Bun berinti, Biskut Tawar
▪ Kurma, Kismis, Prun
▪ Yoghurt 


Selamat Berdiet.
madeyloco.

Sunday, January 16, 2011

Menata Ruang Dapur Tak perlu Over bg family yg sentiasa sibuk

Dapur memang ruangan yang kompleks. Dibiarkan polos rasanya 'bosan', tapi kalau terlalu banyak hiasan rasanya mengganggu juga. Lalu bagaimana caranya?
Ketika mendekorasi perhatikan fungsi utama ruangan tersebut. Dalam dapur, Anda boleh memanfaatkan perlengkapan dan peralatan memasak sebagai "hiasan". Tentu, agar tampak menarik, Anda perlu membeli peralatan memasak yang memiliki model, warna, dan desain yang menarik. Peralatan ini dapat digantungkan pada dinding, atau rak gantung independen, sehingga keberadaannya dapat sebagai penghias dapur.
Selain peralatan makan, bumbu/tudung saji dan bahan makanan juga dapat dipergunakan sebagai hiasan. Beberapa ambalan dapat dipergunakan sebagai wadah sekaligus tempat penstorageannya. Tempatkan makanan dalam beberapa toples bening yang berbeza ukuran. Cari variasi warna dan bentuk yang beragam agar tidak bosan.
Tak hanya makanan, perlengkapan memasak pun boleh dijadikan hiasan. Bahkan, piring polos dengan bentuk sederhana bila diperlakukan sebagai hiasan pasti tampak menarik. Yang penting, perlakukan benda sesuai dengan fungsi yang dituju. Lakukan dengan maksimal. Hanger hiasan piring agar tampak berharga

Variasikan juga ambalan yang digunakan untuk hiasan, namun tetap disesuaikan dengan desain ruangan. Untuk amannya, gunakan material atau warna yang senada dengan kitchen set agar tidak menghalangi fokus pada hiasan. Boleh juga digunakan ambalan dari kaca supaya tak mengganggu pandangan. Bila dirasa kurang indah, tambahkan saja tanaman dalam pot kecil untuk menyegarkan suasana. Praktis dan sederhana, namun bermakna.Selamat Mencuba ........

madeyloco.