Sunday, February 6, 2011

Pokok Krismas Di Ruang Tamu Joe Di Cheras


Bayangkan, sy xpernah terfikir untuk menrecycle semula pokok krismas untuk dijadikan pokok hiasan di ruang tamu, tapi seorang kawan saya nie designer Joe, dari Verstileinterior telah menrecycle semula pokok hiasan krismas yg dijadikan props semasa musim krismas...dijadikan hiasan. big display point diruang tamu rumah beliau....Cara la joe lu mmg creative,....wa ingat nak tiru idea lu nie ..nak hias kat teratak wa di Ukay Hills.Terbaik Terbaik....sekali lagi lu mmg creative....kepada sesiapa yg berminat nak cuba ...try la..mmg menarik...Tapi biasanya yg ade stok simpanan pokok krismas terpakai nie hanyalah golongan mcm kami je..
Artist,visual merchandiser,grafik designer, & ID people...tapi kalau nak beli bole order kat Chung cung cungkai kat petaling street kat Nang Thong,,,jumpa la brother Chai. Sekian.

DJmadey.

Saturday, February 5, 2011

Retro style

Lebih menambat hati apabila ia menepati imej dan persekitaran, sekali gus menyerlahkan keharmonian serta keselesaan berpanjangan.

Pilihan konsep retro tidak kurang hebatnya berbanding konsep lain kerana ia mudah disesuaikan dengan sentuhan moden.

Era 50-an hingga awal 60-an menyaksikan konsep berkenaan menjadi perhatian dengan perubahan tertentu dari segi penggunaan material baru.

Memilih konsep retro juga memberi peluang anda mengubah suai penataan ruang melalui sentuhan konsep semasa, ringkas, tidak sarat dan sedap mata memandang.

Pilihan perabot dan aksesori hiasan rona terang, unik dan bersifat abstrak diberi tumpuan utama dari aspek reka bentuknya.

Biru firus, hijau jed, hijau pudina, merah jambu, kuning matahari, merah ceri, biru, hitam dan putih menjadi warna pengenalan tema hiasan dalaman retro.

Sementara itu, krom bergilap amat popular untuk perabot dan perhiasan kerana ia menyerlahkan nilai estetika tersendiri.

Gaya dan rekaan perabot retro yang berciri abstrak dan pelik diterapkan pada meja kopi bentuk ginjal dan perabot melengkung.

Perabot dan aksesori berasaskan kayu jati dan pain turut menjadi pilihan sebagai pelengkap konsep berkenaan.

Anda juga boleh menerapkan kreativiti suai padan dengan penampilan gaya perabot dan perhiasan melangkau masa.

Seterusnya penataan retro turut diwakili lantai linoleum corak petak hitam putih yang dipilih mengimbangi kemasan vinil hitam serta perabot krom.

Skima warna berani merah diselangi hitam dan kertas dinding motif bunga juga mampu menyerlahkan imej retro.

Konsep retro boleh diwujudkan menerusi motif dinding tumpu, kelengkapan katil, perhiasan, pelbagai reka bentuk lampu, hamparan permaidani, corak langsir dan sarung kusyen.

Bentuk dan corak geometri menghiasi kebanyakan perhiasan dinding, gambar dan lampu selain motif roket, planet, satelit dan kapal angkasa dianggap bergaya futuristik.

Antara aksesori hiasan yang wajib ada untuk penataan retro adalah jam dinding atomik diperbuat daripada logam yang menarik dan tahan lasak.

Bagi mengelak tumpuan anda menikmati ketenangan dan merehatkan minda, jadikan katil dan kelengkapannya dalam warna terang sebagai titik tumpu supaya suasana tidak bercelaru.

Sistem pencahayaan pada segenap ruang juga perlu diberi perhatian supaya konsep retro yang ingin ditampilkan tidak bercampur aduk gayanya.

Pencahayaan yang terlalu terang, panas atau suram boleh menyebabkan keselesaan penghuni terganggu dan kurang ceria.

Justeru, tahap minimum pencahayaan harus dikenal pasti terlebih dulu supaya kreativiti anda menyuai padan dengan konsep retro lebih berseni.

Segalanya lebih bermakna jika aspek bajet, keselesaan dan kebersihan diutamakan kerana rumah adalah milik peribadi anda.
source:: harianmetro/harum.com
djmadeylock