Monday, January 17, 2011

HIDANGAN PENTING-SARAPAN PAGI RINGKAS DAN BERKHASIAT


Hidangan sarapan pagi yang berkhasiat mengandungi karbohidrat, vitamin, zat gallian dan serat serta rendah lemak.

Bijiran sarapan pagi
▪ Dimakan bersama susu rendak clan potongan bush-buahan yor., membekalkan protin, kalsium, vitamii dan zat galian yang lain.
▪ Hidangan ini rendah lemak, -tip i serat dan karbohidrat,membuat anda merasa kenyang lebih lame.
▪ Mudah, ringkas dan cepat disedia. Paling sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

Emping
▪ Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun.
▪ Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat.
▪ Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai pilihan sandwich
▪ Pilih roti paun mil penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi.
▪ Contoh inti berkhasiat: Tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, jem tanpa gula.
▪ Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya).
▪ Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Pelbagai hidangan Mi/Nasi/Bubur
▪ Hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat dari mi/nasi/bubur. Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Pelbagai hidangan ubi
▪ Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan.
▪ Contoh hidangan ubi: Ubi rebus ubi panggan, ubi kukus, ubi lecek.
▪ Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai hidangan telur
▪ Telur adalah sumber protin dan zat besi.
▪ Contoh hidangan telur: Telur rebus telur dada, telur 'scrambled', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/dagin/bawang dan sayur-sayuran).

Tambahan untuk buahan..
▪ Pisang, Buah Lai, Limau, Epal
▪ Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt
▪ Bun berinti, Biskut Tawar
▪ Kurma, Kismis, Prun
▪ Yoghurt 


Selamat Berdiet.
madeyloco.

No comments:

Post a Comment