Saturday, January 15, 2011

Tido yg Berkualiti,nyaman dan segar keEsokanya,,,,,,

1. Kita bukan hanya memerlukan tidur yang mencukupi untuk mendapatkan kesegaran dan tenaga sepanjang hari, tetapi lebih daripada itu, aspek kualiti tidur sebenarnya yang patut dititikberatkan
.
2. Tidur yang bermasalah menghantar isyarat seawal pagi kepada kita seperti badan berasa tidak segar, terasa mengantuk, serta lemah badan. Ini berlaku walaupun kita telah tidur sehingga 8 jam..Yang pasti, ia bukanlah cara terbaik untuk memulakan hari..!

3. Untuk mendapat tidur berkualiti, antara yang boleh dicuba ialah memastikan persekitaran tidur kita adalah kondusif. Suhu bilik dan tilam bersesuaian amat membantu..Kalau boleh elak dari meletak televisyen dalam bilik ataupun membaca sebelum tidur..Tidur berkualiti sebenarnya senang didapati apabila anda menge’set’ minda supaya benar-benar bersedia untuk tidur…Kualiti tidur pasti tidak sama kalau anda tertidur secara terlelap disebabkan bahan bacaan atau muzik..tak percaya?? cubalah..

4. Tidur pada waktu rutin juga membantu untuk mendapat tidur berkualiti.. umpamanya dari 11 mlm ke 6.00pagi..Ini boleh dicapai dengan latihan berterusan..Kalau orang Islam memang dah diajar teknik ini..perlu bangun pagi-pagi untuk Solat Subuh.
.
5. Lupakan juga keinginan untuk mendapatkan tidur berkualiti sekiranya anda ada melakukan aktiviti kecergasan berat,  makan malam lewat, meminum minuman berkafein, dan merokok sebelum tidur..

6. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu..pakaian yang longgar dan tidak ketat memang memberi keselesaan..jika berkemampuan belilah baju tidur yang sememangnya direka khas untuk tujuan ini..Saya tidak mahu komen pada habit sesetengah orang yang hanya berselimut ketika tidur..lebih selesa agaknya..penulis belum pernah mencuba..:)

7. Berdoa kepada Allah SWT agar dihindarkan dari gangguan syaitan pada waktu tidur juga menyumbang kepada tidur berkualiti..Agak-agak berkualiti tak tidur kalau semalaman dah mimpi yang bukan-bukan..Rasulullah SAW juga banyak meninggalkan Sunnah untuk tidur..Klik Di Sini..

8. Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh diamalkan… Saya secara peribadi ada mengamalkan petua pada perenggan ke 3 dan 7…InsyaAllah memang berkesan..

Selamat Malam & Chareesss
DJmadeyloco

No comments:

Post a Comment